Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMengubahsuai Premis Kedai

​BERHASRAT UNTUK MENGUBAHSUAI PREMIS PERNIAGAAN AWDA?


1. MENCARI ORANG YANG BERKELAYAKAN (QUALIFIED PERSON), SYARIKAT PEMBINA DAN SYARIKAT PENGIKLANAN YANG BERDAFTAR
  • QP bagi mendapatkan konsultasi sama ada keperluan ubahsuai kedai awda memerlukan kesiapan kemajuan
  • Syarikat Pembina yang berdaftar bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan
  • Syarikat Pengiklan yang berdaftar bagi kebenaran Papan Tanda Perniagaan

2. KERJA-KERJA PEMBINAAN
  • Mana-mana pengubahsuaian yang melibatkan perubahan kepada struktur atau dikategorikan significant adalah diperlukan untuk mendapatkan kebenaran daripada ABCi
  • Kerja-kerja pembinaan juga perlu dilaksanakan oleh Syarikat yang mempunyai Lesen pembina yang sah
  • Senarai kerja-kerja bangunan yang memerlukan kebenaran significant building works) ialah seperti
    • ​Kemajuan kerja tanah (menimbuk, meratakan, meruntuh)
    • Membina bangunan, termasuk rumah, bangunan industrial, bangunan komersil
    • Ubahsuai dan tambahan rumah sedia ada
    • Ubahsuai ruang kedai

3. MENDAPATKAN KESIAPAN KEMAJUAN (OP)
  • Setelah selesai kerja-kerja pembinaan/ubai suai unit kedai anda mesti mendapatkan kesiapan kemajuaan (OP) dari ABCi untuk menandakan bahawa premis itu selamat dari segi struktur untuk didiami. 
  • Mana-mana premis yang disahkan didiami tanpa Kesiapan kemajuan (OP) boleh diambil tindakan penguatkuasaan bersesuaian bagi menjaga kemaslahatan orang ramai khususnya pengunjung premis berkenaan.
  • Papan Tanda Perniagaan syarikat bolehlah dipohonkan kebenaran melalui Syarikat Pengiklanan yang berdaftar.

4. KEBENARAN PIHAK AUTORITI YANG LAIN
Adalah dinasihatkan setiap syarikat perniagaan untuk memastikan semua keperluan peraturan kerajaan dipatuhi dan merujuk kepada agensi2 yg berkenaan sebelum menjalankan operasi perniagaan:- 
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat,
    • Jabatan Pekrhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya
    • Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan 
    • Unified National Networks
    • Jabatan Bandaran
    • Autoriti Perancang
    • Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya
    • Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya
    • Kementerian Kesihatan