Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPendaftaran Sijil Kontraktor

​​​​​SIJIL PENDAFTARAN KONTRAKTOR

Syarikat yang berhasrat untuk mengikuti tawaran atau sebutharga bagi projek pembinaan Kerajaan hendaklah berdaftar dan mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor di Kementerian Pembangunan.

Syarat-syarat pendaftaran bolehlah dirujuk didalam Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Kementerian Pembangunan Edisi 2020​.


​PEMBAYARAN YURAN

YURAN PROSES adalah sebanyak B$50.00 bagi setiap permohonan.

Bagi permohonan yang diluluskan, YURAN PENDAFTARAN bagi tempoh 3 tahun adalah dikenakan mengikut kelas dan kategori pendaftaran yang diluluskan.


​​
TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN

​Bagi syarikat yang berhasrat untuk mendaftar Lesen Pembina bolehlah merujuk ITN-05-2022 Perubahan kepada Tatacara Permohonan Pembina, Kontraktor dan Pembekal bagi prosedur terkini.

Syarikat juga boleh merujuk ITN-06-2025 - Pengemaskinian Borang Standard Pendaftaran Membaharui Lesen Pembina dan Sijil Pendaftaran Kontraktor bagi permohonan Membaharui Lesen Pembina dan Sijil Pendaftaran Kontraktor (bagi Kategori Kerja Standard SAHAJA) (KA01, B01, KPB04, S02) dikehendaki untuk menggunakan borang permohonan yang baru.​

​PEMBAYARAN YURAN




​Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi ukpp.abci@mod.gov.bn