Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKebenaran Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda

​​​​​Autoriti ini mengawal pemasangan iklan, papan iklan dan papan tanda secara pentadbiran dengan menyenaraikan Syarikat Pengiklanan di bawah Kementerian Pembangunan. Kesemua iklan, papan iklan dan papan tanda hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum dipasang.


Permohonan kebenaran iklan, papan iklan dan papan tanda hendaklah dihadapkan melalui sistem OneBiz.


TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN IKLAN, PAPAN IKLAN DAN PAPAN TANDA


​1. MELANTIK SYARIKAT PENGIKLANAN YANG BERDAFTAR

Syarikat pengiklanan bertanggungjawab untuk memberikan konsultasi mengenai keperluan iklan/papan iklan/papan tanda yang akan dipaparkan.


​​2. SYARIKAT PENGIKLANAN MENDAPATKAN PENGESAHAN TULISAN JAWI DAN JAWI ARTWORK DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Sila rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka


3. SYARIKAT MENGHADAPKAN PERMOHONAN MELALUI ONEBIZ

Hanya syarikat pengiklanan yang berdaftar sahaja boleh menghadapkan permohonan.


4. ULASAN AGENSI YANG BERKENAAN AKAN DIKUMPULKAN MELALUI ONEBIZ

Agensi-agensi yang berkaitan termasuk:

  • Jabatan Jalan Raya JKR
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Jabatan Adat Istiadat Negara
  • Pasukan Polis Diraja Brunei - Pendaftar Perubuhan​
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat​

5. MELAKSANAKAN PEMBAYARAN YURAN SEBELUM MEMASANG IKLAN / PAPAN IKLAN / PAPAN TANDA

Pembayaran bagi yuran berkenaan dilaksanakan melalui OneBiz oleh Syarikat Pengiklanan yang dilantik. Setelah yuran dilaksanakan, SURAT KEBENARAN boleh dimuat turun dari sistem berkenaan bagi rujukan. 


6. MENGHADAPKAN LAPORAN KESIAPAN PEMASANGAN MELALUI EMEL

Laporan hendaklah dihadapkan setelah pemasangan dilaksanakan.


JADUAL YURAN DAN TEMPOH SAHLAKU KEBENARAN BAGI KATEGORI PERMOHONAN

BI​L
JENIS PERMOHONAN
KADAR PEMBAYARAN
TEMPOH SAHLAKU

1

Kain rentang

a) $5.00 setiap satu meter persegi

b) $15.00 jika kurang dari satu meter persegi luas


Mengikut tempoh permohonan atau maksima 15 hari

2

Billboard Banner

a) $5.00 setiap satu meter persegi

b) $15.00 jika kurang dari satu meter persegi luas


Mengikut tempoh permohonan atau maksima 30 hari
3

Animated billboard / Digital

(Prisma / Flipboard)

a) $15.00 setiap satu meter persegi

b) $30.00 jika kurang dari satu meter persegi luas


Mengikut tempoh permohonan atau maksima 6 bulan
4
Papan Tanda (Signboard), Pylon Sign, Papan Tanda Sayap
$20.00 setiap satu meter persegi
-
5
Papan tanda Langit
$40.00 setiap satu meter persegi
-



TEMPAT-TEMPAT YANG TIDAK DIBERIKAN MEMASANG IKLAN

Sila rujuk IGN-01-2022 Lokasi Dilarang Memasang Iklan Sementara.​


TAPAK-TAPAK PERINDUSTRIAN DI BAWAH KAWALAN DARUSSALAM ENTERPRISE


Sebarang permohonan daripada pengusaha-pengusaha di tapak-tapak perindustrian di bawah kawalan Darussalam Enterprise (DARe) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak DARe sebelum menghadapkan permohonan ke ABCi.​


Senarai Tapak-Tapak Perindustrian di Bawah Kawalan Darussalam Enterprise (DARe)


KETETAPAN HARI-HARI KEBANGSAAN / KENEGARAAN BAGI PENGECUALIAN DARIPADA MENDAPATKAN KEBENARAN


Berikut ada lah senarai hari – hari kebangsaan/ kenegaraan yang terkecuali daripada mendapatkan kebenaran. Walau bagimanapun, syarikat pengiklanan hendaklah menghadapkan cover letter ke ABCi.

  1. Sambutan hari keputeraan KDYMM
  2. Sambutan hari kebangsaan
  3. Sambutan Maulud Nabi SAW
  4. Majlis-majlis Adat Istiadat Diraja
  5. Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
  6. Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan
  7. Hari Ulang Tahun ABDB
  8. Isra' Mi'raj
  9. Nuzul Al-Quran
  10. Hari belia Kebangsaan
  11. Tilawatul Al-Qu'ran Peringkat Kebangsaan


Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi BSBA.ABCi@mod.gov.bn.​