KEBENARAN KEMAJUAN atau Building Approval BA hendaklah dipohonkan oleh Qualified Person atau Orang yang Berkelayakan yang dilantik oleh klien. Permohonan berkenaan hendaklah dihadapkan melalui sistem OneBiz dan mengambil masa 14 hari bekerja bagi tempoh memproses.
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
BAGI PERMOHONAN KERJA-KERJA TANAH (EARTHWORKS)
- Borang Permohonan Kebenaran Kemajuan.
- Perjanjian antara Jurutera Profesional (QP) dan Pemaju.
- Laporan Tapak.
- Pelan lengkap yang ditandatangani oleh Jurutera Profesional (QP).
- Geran Tanah.
BAGI PERMOHONAN RUMAH / BANGUNAN
- Salinan Kebenaran Perancangan yang telah diluluskan oleh Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar & Desa.
- Borang Permohonan Kebenaran Kemajuan
- Perjanjian antara Jurutera Profesional (QP)/ Arkitek/ Registered Building Draughtsman (RBD) dan Pemaju.
- Laporan Tapak.
- Pelan lengkap yang ditandatangani oleh QP/RBD.
SEBAGAI PERINGATAN
RBD hanya dibenarkan untuk melaksanakan projek SATU buah rumah bagi SATU lot yang TIDAK melebihi 300 meter persegi dan dua tingkat.
MENYAMBUNG KEBENARAN KEMAJUAN (RENEWAL OF BUILDING APPROVAL)- Salinan Kebenaran Asal.
- Jika kebenaran Asaln telah diluluskan oleh pihak Jabatan Tanah/ Jabatan Bandaran/ pihak Berkuasa yang layak kawalan kemajuan (PBYLKK), dipohonkan QP/RBD untuk menghadapkan salinan pelan asal.
- Yuran menyambung adalah $3.00 bagi setiap tahun dari tarikh mansuh.