PENGENALAN - Pendaftaran bagi pengimport adalah melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)
- Pendaftaran bagi pengimport adalah mandatory bagi bahan asas pembinaan yang dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam
- Hanya syarikat yang berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran yang sah dibenarkan untuk mengimport bahan asas pembinaan ke Negara ini
- Sokongan dan ketetapan adalah berpandukan kepada Jawatankuasa Pendaftaran Pengimportan Bahan Asas Pembinaan (JKPPBAP)
JENIS-JENIS BAHAN ASAS PEMBINAAN YANG DIKAWAL
Terdapat 4 jenis bahan asas pembinaan yang dikawal di bawah JKPPBAP:
SYARAT-SYARAT BAGI BERDAFTAR LESEN PENGIMPORT- Berdaftar di Registration of Companies Brunei Darussalam (ROCBN) sebagai syarikat Sendirian Berhad
- Saham pemilik syarikat hendaklah terdiri daripada Rakyat Melayu Brunei (RMB) sekurang-kurangnya 70%
- Berdaftar sebagai Syarikat Pembekal khususnya kategori P03
- Mendaftarkan bahan asas di bawah Persijilan Bahan Asas Binaan
- Memohon permit bagi kemasukkan bahan asas pembinaan tersebut mengikut keperluan Permit Import Bahan Asas Binaan
Keperluan: PENDAFTARAN PENGIMPORT BAHAN ASAS PEMBINAAN
- Surat-surat kebenaran tapak perusahaan atau penyimpanan / Approval letter for each business operated or storage
- Kebenaran tapak pendaratan bagi pengimportan bahan asas pembinaan (jika berkenaan) / Approval letter from landing site for importation of raw material (If applicable)
- Sijil kualiti bahan asas pembinaan / Quality certificates of the raw construction materials atau /or Laporan ujian daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal / Testing reports from laboratory accredited by country of origin
- Laporan ujian daripada makmal ujian pihak ketiga yang diiktiraf dan diperakukan oleh Kementerian Pembangunan / Testing reports from 3rd party accredited laboratory recognised by Ministry of Development
- Petro Graphic Rock Test bagi batu daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal / Petro Graphic Rock Test Report of aggregates from laboratory accredited by country of origin
- Cadangan harga pasaran dan kuantiti untuk diimport serta senarai projek-projek atau syarikat yang dibekalkan / Proposed market price and quantity to be imported including the list of projects or appointed suppliers
- Surat kebenaran bagi mengeksport bahan asas pembinaan yang dipohonkan dari negara asal / Approval letter for exportation of raw materials applied from the country of origin
TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN - Memuat Turun borang dan mengisikan dengan lengkap - Sila pastikan semua dokumen yang diperlukan dilanpirkan bersama permohonan
- Menghadapkan permohonan melalui emel irm.abci@mod.gov.bn
- Menerima maklumbalas keputusan permohonan
PERINGATAN- Satu penghantaran e-mel = satu permohonan;
- Kesemua dokumen keperluan hendaklah dihadapkan
- Dokumen tersebut hendaklah diasingkan dan dinamakan dengan jelas (format .pdf);
- Dokumen-dokumen yang disertakan (attachment) di dalam e-mel hendaklah bersaiz kurang daripada 10MB;
- Bagi dokumen-dokumen (overall size) yang bersaiz lebih daripada 10MB, sila hadapkan dokumen melalui online sharing database Google Drive, WeTransfer, OneDrive, dll.
| |