KEBENARAN MEMULAKAN KEMAJUAN atau Permit to Carry Out Building Works hendaklah dipohonkan oleh Qualified Person atau Orang yang Berkelayakan yang dilantik oleh klien. Permohonan berkenaan hendaklah dihadapkan melalui sistem OneBiz dan mengambil masa 2 hari bekerja bagi tempoh memproses.
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
BAGI PERMOHONAN KERJA-KERJA TANAH (EARTHWORKS)
- Borang Kebenaran Memulakan Kemajuan
- Pelan Struktur yang lengkap dan telah ditandatangani oleh Jurutera Profesional (QP) 'Civil & structural' (jika berkenaan).
- Pre-Construction Survey yang telah disediakan oleh Pembina yang telah dilantik.
- Gambar Project Signboard yang telah dipasang di tapak pembinaan yang menyatakan sekurang-kurangnya:
- Lot No.
- Kampung dan Mukim
- Nama Syarikat Qualified Person / Registered Building Draughtsman
- Nama Syarikat Pembina
BAGI PERMOHONAN RUMAH / BANGUNAN
- Borang Kebenaran Memulakan Kemajuan
- Pelan Struktur yang lengkap dan telah ditandatangani oleh Jurutera Profesional (QP) 'Civil & structural' (jika berkenaan).
- Pre-Construction Survey yang telah disediakan oleh Pembina yang telah dilantik.
- Gambar Project Signboard yang telah dipasang di tapak pembinaan yang menyatakan sekurang-kurangnya:
- Gambar Protective Hoarding yang telah dipasang sekeliling tapak.
NOTA:
- Jika projek dilaksanakan oleh RBD, permohonan Borang C hendaklah dihadapkan oleh Jurutera Profesional (QP) 'Civil & Structural' yang telah dilantik.
- Protective Hoarding tidak mandatori untuk dipasang bagi kerja-kerja tanah atau pengubahsuaian sebuah rumah.