Hanya orang yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan dibenarkan untuk menghadapkan penilaian bangunan hijau BAGUS.
SYARAT MINIMA PENDAFTARAN
1. Profesional ataupun Kelulusan Tertinggi
Berdaftar di bawah Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS)
Ijazah Sarjana Muda atau sebanding
Higher National Diploma (HND) dalam bidang Seni Bina / Kejuruteraan / Ukur Bahan atau bidang bersesuaian
2. Green Building Course Certification
Mempunyai sijil tamat kursus bangunan hijau yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh World Green Building Council
TATACARA PERMOHONAN
- LENGKAPKAN borang permohonan
- HADAPKAN borang permohonan melalui emel ids.abci@mod.gov.bn
- Permohonan akan diproses. TPOR bagi perkhidmatan ini ialah 7 hari bekerja
- KEPUTUSAN akan diterima melalui emel
- Jika diluluskan, pemohon perlu menjelaskan YURAN PENDAFTARAN
- Pemohon akan menerima E-SIJIL melalui emel setelah yuran dijelaskan