Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksABCi Alert List

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ABCi logo with panji.png 

ALERT LIST

AUTORITI KAWALAN BANGUNAN DAN INDUSTRI PEMBINAAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN


Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) ingin memaklumkan orang ramai mengenai dengan senarai syarikat atau individu yang tiada diberi lesen untuk menjalankan aktiviti pembinaan di bawah kawalan ABCi serta mana-mana aktiviti yang disyaki menyalahi Akta Kawalan Bangunan Penggal 256 serta peraturan dan garispanduan yang berkuatkuasa.

Senarai tersebut telah disusun berdasarkan maklumat yang diterima oleh Autoriti, aduan serta pertanyaan orang ramai atau pihak-pihak yang berkepentingan mengenai aktiviti yang tidak berlesen atau tidak mempunyai kebenaran. Senarai ini bukan senarai yang lengkap (not exhaustive) dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Senarai ini bertujuan sebagai notis untuk mengambil langkah berjaga-jaga kepada orang ramai.​

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan syarikat atau individu berkenaan dan bolehlah merujuk ke Autoriti jika terdapat keraguan mengenai sebarang perkhidmatan yang ditawarkan.​

Disclaimer: ABCi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh orang ramai akibat daripada membuat sebarang urusan dengan syarikat atau individu yang tersenarai di dalam senarai di bawah.

 

AUTORITI KAWALAN BANGUNAN DAN INDUSTRI PEMBINAAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN​