Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSumber Maklumat COVID19

Sabtu, 16 Oktober 2021 - KEPERLUAN BAGI MENGEMASKINI MAKLUMAT PEKERJA DAN STATUS VAKSINASI BAGI SEMUA SYARIKAT YANG BERDAFTAR DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN


 Berhubung dengan langkah - langkah pengawalan Pandemik COVID 19 di negara ini , Syarikat Pembina , Kontraktor & Pembekal serta Syarikat Pengiklanan yang berdaftar di Kementerian Pembangunan DIMESTIKAN untuk mengemaskini maklumat dan status vaksinasi bagi semua pekerja dan kakitangan di bawah syarikat masing -masing mengunakan template yang disediakan.


BORANG PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEKERJA DAN STATUS VAKSINASI


Maklumat yang lengkap bolehlah diemelkan ke UKPP.ABCI@MOD.GOV.BN selewat - lewatnya 19hb Oktober 2021.



Sabtu, 2 Oktober 2021 - PERMOHONAN PETUGAS KRITIKAL SEMASA KAWALAN PERGERAKKAN


Merujuk kenyataan media daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertarikh 01 Oktober 2021, orang ramai adalah disarankan dan diperlukan untuk berada di tempat tinggal masing-masing bermula jam 08.00 malam hingga jam 04.00 pagi. Ini adalah untuk mengurangkan pergerakan serta risiko penularan jangkitan Covid-19. Pengecualian hanya akan diberikan atas urusan-urusan kecemasan dan mendesak bagi menjalankan kerja sebagai petugas kritikal (critical frontline workers) sahaja.

Petugas Kritikal hendaklah menunjukkan surat kebenaran yang telah disahkan beserta dengan salinan dokumen identifikasi kepada petugas penguatkuasa apabila diperlukan

Borang Permohonan Critical Worker bagi pekerja yang membuat perjalanan diantara pukul 8 malam sehingga 4 pagi semasa Operasi Pulih

Borang Permohonan Critical Workers for workers requiring to commute between 8 pm to 4 am during Operasi Pulih


Isnin, 9 Ogos 2021 - GARISPANDUAN LANGKAH PENCEGAHAN WABAK COVID19


Garispanduan ini telah dikemaskini bagi mengikut situasi semasa gelombang kedua penularan COVID19 di Negara Brunei Darussalam.

BAHASA MELAYU Garispanduan Amalan Langkah Pencegahan Wabak COVID-19 di Tapak Pembinaan

BAHASA INGGERIS Guidelines for COVID-19 Preventive Measures at Construction Sites

 

Ahad, 8 Ogos 2021 - PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER-KAUNTER ABCI


Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan ingin memaklumkan kepada orang ramai berikutan situasi semasa penularan COVID-19 bahawa SEMUA PERKHIDMATAN KAUNTER pembayaran, perjumpaan, pertanyaan dan aduan ABCi akan ditutup sementara bermula pada 9 Ogos 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Penutupan sementara ini bertujuan untuk memberhentikan interaksi orang ramai bersama pegawai dan kakitangan ABCi di kaunter pembayaran, perjumpaan, pertanyaan dan aduan. Sehubungan dengan itu, pihak Autoriti juga ingin memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang dihadapi terutamanya di dalam hal tempoh memproses permohonan.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah diperolehi dengan melayari laman sesawang www.abci.gov.bn melalui email abci.customerservice@mod.gov.bn atau melalui mesej Whatsapp ke 8140 365.