Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSoalan Kontraktor dan Pembekal


1. Bagaimana cara untuk berdaftar sebagai Kontraktor dan Pembekal yang berdaftar di Kementerian Pembangunan?

a. Memenuhi syarat-syarat Pendaftaran Kontraktor & Pembekal dan mengisi borang dengan lengkap 
b. Maklumat tersebut boleh diperolehi di laman ini
c. Sila rujuk Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2012

2. Berapa lama proses (TPOR) bagi permohonan pendaftaran kontraktor dan pembekal?

TPOR bagi permohonan pendaftaran kontraktor dan pembekal adalah selama 3 hari

3. Dimana boleh membeli buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal?

Di Kaunter Perkhidmatan ABCi, Tingkat 1, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan
Berharga $3.00 senaskah

4. Apakah syarat-syarat keperluan Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal?

Sila rujuk buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2012 atau layari laman ini

5. Bagaimana hendak mendapatkan senarai-senarai kontraktor dan pembekal yang berdaftar?

Bolehlah didapati melalui laman ini

6. Bagaimana cara jika sekiranya syarikat ingin mengikuti sebarang tawaran/ sebutharga dengan kerajaan atau swasta?

Syarikat hendaklah terlebih dahulu berdaftar dan mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal yang sah

7. Adakah bayaran akan dikenakan untuk berdaftar?

Ya - Sila rujuk Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2012
Yuran proses – Jadual B 
Yuran pendaftaran Jadual C1

8. Berapa lama tempoh sahlaku Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal?

a. Tempoh sahlaku Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal adalah selama 3 tahun 

b. Sijil ini boleh diperbaharui dan permohonan hendaklah dihadapkan 3 bulan sebelum tarikh masuh pendaftaran

9. Jika pihak syarikat lambat membaharui sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal, adakah denda akan dikenakan?

Ya, jika melebihi 6 bulan, denda akan dikenakan
Denda bagi lewat membaharui sila rujuk Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal - Jadual C2

10. Adakah kursus kontraktor perlu dihadiri?

Ya, bagi setiap kelas pendaftaran, pemilik dimestikan menghadiri Kursus Asas Keselamatan dan Kesihatan (HSE) terlebih dahulu sebelum permohonan dapat dipertimbangkan

11. Sekiranya mempunyai masalah mengenai dengan syarikat kontraktor seperti contoh syarikat kontraktor yang bermasalah atau membuat kerja yang tidak memuaskan, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak ABCi, Kementerian Pembangunan?

Anda bolehlah menghadapkan surat aduan ke ABCi dan aduan tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya.

12. Sekiranya Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pendaftaran hilang/ tercicir/ terbakar, bagaimana cara untuk mendapatkan salinan sijil tersebut?

a. Hendaklah membuat laporan polis terlebih dahulu

b. Mengisi borang pendaftaran (Pengeluaran Sijil Baru) berserta yuran proses sebanyak $50.00 dan menyertakan laporan polis

13. Bagaimana hendak mengetahui status permohonan pendaftaran kontraktor dan pembekal atau ada sebarang pertanyaan?

a. Sila datang ke Kaunter Perkhidmatan ABCi di Tingkat 1 Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan dengan merujuk jadual perjumpaan di laman utama ini

b. Menghubungi ditalian 2380429 

c. Emel di ukpp.abci@mod.gov.bn

14. Bagaimana hendak memohon bagi sub-kategori kerja elektrik?

Pihak syarikat dikehendaki menghadapkan pas elektrik / surat kebenaran yang dibenarkan dari Jabatan Perkhidmatan Elektrik bagi sub-kategori kerja yang dipohonkan