Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPermohonan Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda

​Autoriti ini mengawal pemasangan iklan, papan iklan dan papan tanda secara pentadbiran dengan menyenaraikan Syarikat Pengiklanan di bawah Kementerian Pembangunan. Kesemua iklan, papan iklan dan papan tanda hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum dipasang.

Permohonan kebenaran iklan, papan iklan dan papan tanda hendaklah dihadapkan melalui sistem OneBiz.


TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN IKLAN, PAPAN IKLAN DAN PAPAN TANDA

WhatsApp Image 2021-11-04 at 10.58.46 AM (1).jpeg



JADUAL RINGKAS MENGENAI YURAN DAN TEMPOH SAHLAKU KEBENARAN BAGI KATEGORI PERMOHONAN

BIL
JENIS PERMOHONAN
KADAR PEMBAYARAN
TEMPOH SAHLAKU

1

​Kain rentang
​a) $5.00 setiap satu meter persegi
b) $15.00 jika kurang dari satu meter persegi luas

Mengikut tempoh permohonan atau maksima 15 hari

2

​Billboard Banner
a) $5.00 setiap satu meter persegi
b) $15.00 jika kurang dari satu meter persegi luas

Mengikut tempoh permohonan atau maksima 30 hari
3
​Animated billboard / Digital
(Prisma / Flipboard)
​a) $15.00 setiap satu meter persegi
b) $30.00 jika kurang dari satu meter persegi luas

Mengikut tempoh permohonan atau maksima 6 bulan
4
​Papan Tanda (Signboard), Pylon Sign, Papan Tanda Sayap
​$20.00 setiap satu meter persegi
-​
5
​Papan tanda Langit
​$40.00 setiap satu meter persegi
​-



TEMPAT-TEMPAT YANG TIDAK DIBERIKAN MEMASANG IKLAN


TAPAK-TAPAK PERINDUSTRIAN DI BAWAH KAWALAN DARUSSALAM ENTERPRISE

Sebarang permohonan daripada pengusaha-pengusaha di tapak-tapak perindustrian di bawah kawalan Darussalam Enterprise (DARe) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak DARe sebelum menghadapkan permohonan ke ABCi.


KETETAPAN HARI-HARI KEBANGSAAN / KENEGARAAN BAGI PENGECUALIAN DARIPADA MENDAPATKAN KEBENARAN

Berikut ada lah senarai hari – hari kebangsaan/ kenegaraan yang terkecuali daripada mendapatkan kebenaran. Walau bagimanapun, syarikat pengiklanan hendaklah menghadapkan cover letter ke ABCi.

  1. Sambutan hari keputeraan KDYMM
  2. Sambutan hari kebangsaan
  3. Sambutan Maulud Nabi SAW
  4. Majlis-majlis Adat Istiadat Diraja
  5. Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
  6. Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan
  7. Hari Ulang Tahun ABDB
  8. Isra' Mi'raj
  9. Nuzul Al-Quran
  10. Hari belia Kebangsaan
  11. Tilawatul Al-Qu'ran Peringkat Kebangsaan