Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSoalan-soalan Lazim

collapse Tajuk : Buku-buku ‎(1)
collapse Q : Dimana boleh membeli buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal? ‎(1)
Di Kaunter Perkhidmatan ABCi, Tingkat 1, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan dengan harga B$3.00 se naskhah.
collapse Tajuk : Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda ‎(1)
collapse Q : Bagaimana cara untuk menjadi Syarikat Pengiklan yang berdaftar di Kementerian Pembangunan? ‎(1)
Syarikat yang ingin berdaftar boleh memuat turun borang yang disediakan dan menghantar borang dan dokumen yang lengkap ke BSBA.ABCI@MOD.GOV.BN
collapse Tajuk : Kemajuan ‎(9)
collapse Q : Apakah jenis-jenis permohonan yang memerlukan Kebenaran Kemajuan? ‎(1)
Permohonan yang memerlukan Kebenaran Kemajuan adalah seperti berikut:
(i) Kemajuan kerja tanah (menimbuk, meratakan, meruntuh)
(ii) Membina bangunan, termasuk rumah, bangunan industry dan bangunan komersil
(iii) Ubahsuai dan tambahan rumah sedia ada
(iv) Ubahsuai ruang kedai, termasuk permohonan untuk menggunakan ruang kedai
collapse Q : Apakah sebab-sebab permohonan ditolak? ‎(1)
a. Permohonan akan ditolak sekiranya syarat-syarat khas atau kehendak-kehendak dari jabatan-jabatan atau agensi yang berkenaan belum dipenuhi atau

b. Pelan-pelan yang dihadapkan tidak mematuhi piawian dan garispanduan yang berjalan pada masa ini.
collapse Q : Apakah yang perlu dibuat bagi memperbaharui Kebenaran Kemajuan yang telah mansuh? ‎(1)
Pemohon/pihak pemohon hendaklah menghadapakan permohonan membaharui kepada Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) untuk memperbaharui Kebenaran Kemajuan yang mansuh melalui sistem OneBiz.
collapse Q : Bagaimana cara untuk membuat permohonan-permohonan Kebenaran Kemajuan? ‎(1)
Permohonan-permohonan Kemajuan hendaklah dihadapkan melalui Arkitek atau Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS).
collapse Q : Bagaimana cara untuk mendapatkan Kebenaran Kemajuan pembinaan? ‎(1)
Permohonan dihadapkan ke Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) melalui Orang Berkelayakan (QP, Arkitek / Jurutera Profesional) melalui sistem OneBiz.
collapse Q : Berapa lamakah tempoh sah bagi Kebenaran Kemajuan? ‎(1)
Kebenaran Kemajuan/Building Approval yang dikeluarkan adalah sah selama satu (1) tahun dari tarikh surat kebenaran dikeluarkan.
collapse Q : Di mana boleh memperolehi senarai Arkitek atau Jurutera profesional yang berdaftar di Kementerian Pembangunan? ‎(1)
Sila rujuk laman sesawang BAPEQS bagi senarai terkini Arkitek atau Jurutera profesional yang berdaftar.
collapse Q : Mengapa Structural Drawing mesti dihadapkan? ‎(1)
a. Termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Bangunan 2014, Seksyen 5, mulai 03hb September 2016.
b. Sila rujuk buku Peraturan-Peraturan Kawalan Bangunan 2014 dibawah Jadual 5(B)(3).
collapse Q : Sekiranya permohonan ditolak, apakah tindakan yang perlu dibuat? ‎(1)
a. Arkitek/Jurutera Profesional hendaklah memastikan semua syarat-syarat atau kehendak-kehendak dipenuhi
sebelum menghadapkan semula permohonan ke ABCi.

b. Arkitek/Jurutera Profesional hendaklah mempastikan semua pelan-pelan diselaraskan mengikut ulasan yang diberikan oleh disiplin-disiplin yang berkenaan (mengikut piawaian dan garispanduan yang berjalan pada masa ini).
collapse Tajuk : Pekerja Asing ‎(3)
collapse Q : Saya ingin mengambil pekerja asing bagi syarikat binaan. ‎(1)
Bagi pengambilan baru pekerja asing, sila rujuk ke JobCentre Brunei.
collapse Q : Saya ingin menukar / transfer pekerja asing dari satu syarikat ke syarikat binaan yang lain. ‎(1)
Bagi penukaran / transfer pekerja asing, sila rujuk ke JobCentre Brunei.
collapse Q : Saya ingin menyambung Lesen Pekerja Asing bagi pekerja di dalam syarikat binaan saya. ‎(1)
Bagi penyambungan lesen pekerja asing, sila rujuk ke JobCentre Brunei.
collapse Tajuk : Perlesenan ‎(12)
collapse Q : Adakah bayaran akan dikenakan untuk berdaftar? ‎(1)
Ya - Sila rujuk Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020
Yuran proses – Jadual B
Yuran pendaftaran Jadual C1
collapse Q : Apakah syarat-syarat keperluan Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal? ‎(1)
Sila rujuk buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020.
collapse Q : Bagaimana cara jika sekiranya syarikat ingin mengikuti sebarang tawaran/ sebutharga dengan kerajaan? ‎(1)
Syarikat hendaklah terlebih dahulu berdaftar selaku Pembina dan mempunyai Lesen Pembina yang sah dan hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal yang sah.
collapse Q : Bagaimana cara untuk berdaftar sebagai Kontraktor dan Pembekal yang berdaftar di Kementerian Pembangunan? ‎(1)
a. Memenuhi syarat-syarat Pendaftaran Kontraktor & Pembekal dan mengisi borang dengan lengkap di dalam sistem Contractor Supplier Records (CSR)
b. Maklumat tersebut boleh diperolehi di laman ini
c. Sila rujuk Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020
collapse Q : Bagaimana hendak mendapatkan senarai-senarai kontraktor dan pembekal yang berdaftar? ‎(1)
Bolehlah didapati melalui laman ini.
collapse Q : Bagaimanakah syarikat saya boleh mengikuti sebarang tawaran/ sebutharga dengan kerajaan? ‎(1)
Syarikat hendaklah terlebih dahulu berdaftar selaku Pembina dan mempunyai Lesen Pembina yang sah dan hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal yang sah.
collapse Q : Berapa lama proses (TPOR) bagi permohonan pendaftaran kontraktor dan pembekal? ‎(1)
TPOR bagi permohonan pendaftaran kontraktor dan pembekal adalah selama 14 hari.
collapse Q : Berapa lama tempoh sahlaku Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal? ‎(1)
a. Tempoh sahlaku Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal adalah selama 3 tahun

b. Sijil ini boleh diperbaharui dan permohonan hendaklah dihadapkan 3 bulan sebelum tarikh masuh pendaftaran
collapse Q : Dimanakah saya boleh mendapatkan salinan Lesen Pembina / Sijil Pendaftaran Kontraktor / Sijil Pendaftaran Pembina bagi syarikat saya yang telah lulus? ‎(1)
Lesen Pembina, Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Pendaftaran Pembekal dikeluarkan secara digital sejak Mac 2020.

Syarikat yang telah melaksanakan pembayaran yuran pendaftaran akan menerima sijil melalui email yang digunakan bagi menghadapkan permohonan.
collapse Q : Jika pihak syarikat lambat membaharui sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal, adakah denda akan dikenakan? ‎(1)
Ya, jika lewat melebihi 6 bulan, denda akan dikenakan.
Kadar denda bagi lewat membaharui bolehlah dirujuk di Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020 - Jadual C2.
collapse Q : Sijil kelulusan saya selaku pemilik syarikat telah hilang dan tidak dapat disertakan bersama permohonan. ‎(1)
Kehilangan sijil berkenaan boleh dilaporkan ke Pasukan Polis Diraja Brunei dan disertakan semasa menghadapkan permohonan.
collapse Q : Syarikat saya ingin memohon bagi sub-kategori kerja elektrik. ‎(1)
Syarikat dikehendaki menghadapkan pas elektrik / surat kebenaran yang dibenarkan dari Jabatan Perkhidmatan Elektrik bagi sub-kategori kerja yang dipohonkan