| PENDAFTARAN PRODUK BAHAN BINAAN BUATAN TEMPATAN (SKIM 5) | Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan kini membukakan pendaftaran Skim 5 bagi produk bahan binaan buatan tempatan.
| |
| PENGUATKUASAAN BUILDING CONTROL (COMPOSITION OF OFFENCES) REGULATONS 2020 | Kementerian Pembangunan sukacita memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan peraturan baru iaitu Building Control (Composition of Offences) Regulations 2020 di bawah Perintah Kawalan Bangunan (Building Control Order), 2014. | |
| MAJLIS PERLANCARAN ARMECS BRIDGING PROGRAMME KELOLAAN MANPOWER INDUSTRY STEERING COMMITTEE (MISC) IN CONSTRUCTION INDUSTRY | Seramai 33 orang pelatih telah berjaya
terpilih untuk mengisi kekosongan iReady di syarikat-syarikat dibawah
sektor pembinaan, dimana mereka juga akan mengikuti on-the-job training
melalui ARMECS Bridging Programme. |  |
| PENDAFTARAN ACCREDITED CHECKER BAGI TAHUN 2021 | Pihak
ABCi ingin memaklumkan kepada semua Jurutera Profesional yang berdaftar
di bawah Lembaga APEQS di dalam jurusan sivil dan struktur bahawa
pendaftaran sebagai Accredited Checker bagi tahun 2021 dibukakan bermula 13hb Julai 2020 sehingga 31hb Ogos 2020.
On
behalf of ABCi, we would like to announce to all BAPEQS-registered
Professional Engineers in the civil and structural discipline that
registration as Accredited Checker for year 2021 will be open from 13th July 2020 to 31st August 2020. |  |
| GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH PENCEGAHAN |
Selaras dengan perkembangan terkini,
ABCi telah menyediakan Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan Wabak COVID-19 Di
Tapak Pembinaan bagi mengawal risiko penularan wabak COVID-19 dan memastikan
persekitaran tapak pembinaan adalah selamat dan kondusif. | |
| PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER-KAUNTER ABCI (TEMPORARY CLOSURE OF ALL ABCi COUNTERS) | Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan ingin memaklumkan kepada orang ramai berikutan penularan virus COVID-19 bahawa SEMUA PERKHIDMATAN KAUNTER pembayaran, perjumpaan, pertanyaan dan aduan ABCi akan ditutup sementara bermula pada 21 Mac 2020.
The Authority on Building Control and Construction Industry would like to inform the public, in light of COVID-19 situation in Brunei Darussalam, that ALL COUNTERS for discussions, queries and complaints will temporarily be closed from 21 March 2020. | |
| MAJLIS PERLANCARAN LOCAL BUSINESS DEVELOPMENT CIRCULAR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN | Bandar Seri Begawan, Sabtu, 23 November 2019. Kementerian Pembangunan hari ini telah mengadakan Majlis Perlancaran Local Business Development Circular di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan.
| 
|
| PELANCARAN ‘DIFFERENT ABILITIES DESIGN GUIDELINES‘ | Bandar Seri Begawan, 29 Safar 1440 H, 07 November 2018. Sebuah buku garispanduan 'Different Abilities Design Guidelines' telah dilancarkan pada 07 November 2018 di Dewan Indera Pahlawan, MODTC. Garispanduan tersebut dilancarkan oleh Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar.
| 
|
| TATACARA PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBINA, KONTRAKTOR DAN PEMBEKAL DAN PENDAFTARAN PERSIJILAN PRODUK BAHAN BINAAN | TATACARA PERMOHONAN: - PENDAFTARAN PEMBINA, KONTRAKTOR DAN PEMBEKAL
- PENDAFTARAN PERSIJILAN PRODUK BAHAN BINAAN
| 
|
| Permohonan Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda melalui portal OneBiz | Bermula pada 13hb Ogos 2018, syarikat-syarikat pengiklan yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan bolehlah menghadapkan permohonan Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda melalui portal OneBiz.
| 
|
| Prosedur baru bagi Pendaftaran Persijilan Produk Bahan Binaan | Pada 23hb Julai 2018, pihak ABCi melalui Sektor Industri Pembinaan telahpun mengadakan satu sesi pemberigaan bersama pembekal-pembekal yang berdaftar di Kementerian Pembangunan mengenai dengan tatacara baru menghadapkan permohonan berserta tpornya.
| 
|
| Majlis Khatam Al-Quran ABCi 2018 | Jumaat 01hb Jun 2018, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan telah pun mengadakan Majlis Khatam Al Quran bagi tahun 2018 | |
| Sumbangan Derma Ke Projek Bina Ukhwah | Rabu 30hb Mei 2018, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan telah menyampaikan sunbangan derma ke Projek Bina Ukhwah di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. |  |
| Pemberigaan peraturan periklanan ABCi diteruskan | BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Sebagai usaha berterusan untuk memberigakan mengenai pendaftaran syarikat pengiklanan, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) telah mengadakan taklimat mengenai pendaftaran syarikat pengiklanan di bawah kawalan ABCi, Kementerian Pembangunan yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, hari ini.
| |
| Kenyataan Media - Isu Tular Mengenai Pembinaan dan Tambahan Rumah | 21 Februari 2018 - Berikutan dengan penyebaran maklumat mengenai surat amaran yang dikeluarkan oleh ABCi yang disebarkan melalui media sosial, pihak Kementerian Pembangunan ingin menjelaskan mengenai perkara tersebut yang mana setiap pembinaan rumah atau tambahan rumah hendaklah dipohonkan terlebih dahulu ke ABCi. |  |
| ABCi adakan Mesyuarat Ke-19 ASEAN Taskforce Building and Construction | 20 Februari 2018 - Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ke-19 ASEAN Taskforce Building and Construction (TFBC) pada 20 hingga 21 Februari 2018 berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. |  |
| Kenyataan Akhbar - Isu Tular Mengenai Perkhidmatan di Kementerian Pembangunan | 15 Februari 2018 - Berikutan dengan penyebaran isu mengenai perkhidmatan Kementerian Pembangunan yang tular di media sosial Facebook dan Whatsapp baru-baru ini, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan bahawa kementerian ini sentiasa bersedia berkhidmat dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas yang diamanahkan untuk memastikan Negara Brunei Darussalam menikmati kehidupan yang berkualiti, pembangunan berdaya tahan yang berterusan dan makmur kearah menjayakan wawasan 2035. | |
| Tinjau kawasan dilanda banjir dan tanah susur | 23 Disember 2017 - Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar mengadakan lawatan kerja ke beberapa tempat yang dilanda banjir dan tanah susur akibat hujan lebat yang melanda di Daerah Temburong pada Rabu, 20 Disember 2017 lalu. |  |
| Para Menteri AMCAP ASEAN capai kesepakatan | 1 Disember 2017 - Para Menteri memuji usaha yang dicapai dalam melaksanakan AMCAP ASEAN dan mengalu-alukan persiapan untuk peninjauan jangka menengah 2018 Fasa Pertama AMCAP - III yang akan menyumbang pada strategi dan pelaksanaan Fasa Kedua AMCAP untuk 2021 - 2025. |  |
| Pesara Kementerian Pembangunan diraikan | 30 November 2017 - Seramai 182 pesara dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya disenaraikan sebagai penerima, yang mana daripada jumlah tersebut, 122 adalah pesara lelaki, manakala 60 ialah pesara perempuan pada Tahun 2016. |  |
| 892 penerima dikurniakan lot tanah dan anak kunci | 29 November 2017 - Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Lot-Lot Tanah dan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 892 penerima. Penerima anugerah anak kunci rumah ini adalah pemohon di bawah RPN dan STKRJ bagi Daerah Brunei dan Muara. |  |
| Taklimat mengenai Proses Kawalan Kemajuan | 28 November 2017 - Objektif sesi taklimat ini ialah untuk memberi maklumat-maklumat yang tepat dan terkini kepada QPs supaya perlaksanaan projek-projek kemajuan tanah dan pembinaan bangunan adalah lebih teratur dari segi tatacara proses permohonan dan memastikan projek-projek yang dikendalikan oleh mereka mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa pada masa ini. |  |
| Sesi Muzakarah ketengahkan isu dan cadangan bagi perancangan memajukan Negara | 14 November 2017 - Kementerian Pembangunan telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama beberapa Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Sesi Muzakarah tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah. |  |
| Berangkat rasmikan Taman Mahkota Jubli Emas | 22 Oktober 2017 - KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan perasmian Eko Koridor dan seterusnya berkenan bagi penukaran nama Eko Koridor menjadi Taman Mahkota Jubli Emas. |  |
| Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mercu tanda jalinan perpaduan | 14 Oktober 2017 - Satu lagi sejarah pembangunan infrastruktur terlakar di negara ini iaitu dengan siapnya jambatan yang menghubungkan antara Sungai Kebun dan Jalan Residency yang kini dikenali sebagai Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. |  |
| Tingkatkan kesedaran kebersihan | 1 Oktober 2017 - Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pembangunan dengan kerjasama Jawatankuasa-jawatankuasa Sektoral Sambutan Jubli Emas KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta mengadakan Kempen Kesedaran Kebersihan Senegara yang bertemakan 'Brunei Bersih dan Hijau'. |  |
| Pembukaan secara percubaan Jambatan Sungai Kebun bermula 2 hingga 12 Oktober 2017 | 30 September 2017 - Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai bahawa jambatan penghubung menyeberangi Sungai Brunei dari Kampung Sungai Kebun ke Jalan Residency akan dibuka secara percubaan bermula pada Isnin, 2 Oktober 2017, jam 9.00 malam hingga 12 Oktober 2017. |  |
| Sambutan Awal Tahun Hijrah Kementerian Pembangunan | 28 September 2017 - Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439H di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan. Ia dianjurkan oleh Jabatan Ukur yang juga turut diselajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran Kepulangan Jemaah Haji Warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. |  |
| Kempen Kesedaran Kebersihan Senegara, 1 Oktober | 28 September 2017 - Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan, yang penubuhannya telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, akan mengadakan Kempen Kesedaran Kebersihan Senegara pada Ahad, 1 Oktober 2017 di keempat-empat daerah. |  |
| ASEAN +3 berpotensi majukan persekitaran alam sekitar | 13 September 2017 - Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN +3 diharap akan dapat menghasilkan ke arah kerjasama yang lebih bermanfaat dan produktif, terutamanya dalam memajukan kerjasama persekitaran di antara ASEAN dan rakan +3 serta mengalu-alukan kerjasama berpotensi yang lain dalam bidang alam sekitar pada masa akan datang. |  |