Isnin, 22 November 2021 - GARISPANDUAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN COVID-19 BAGI INDUSTRI PEMBINAAN SEMASA FASA PERALIHAN
Syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan, Kementerian Pembangunan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti semasa fasa peralihan bermula 19 November 2021 dalam Rangka Kerja Pemulihan COVID-19 Kebangsaan dengan mengambil kira beberapa perkara yang digariskan di dalam garispanduan dibawah.
BAHASA MELAYU LANGKAH PENGAWALAN FASA PERALIHAN
BAHASA INGGERIS CONTROL MEASURES DURING TRANSITION PHASE
Sabtu, 16 Oktober 2021 - KEPERLUAN BAGI MENGEMASKINI MAKLUMAT PEKERJA DAN STATUS VAKSINASI BAGI SEMUA SYARIKAT YANG BERDAFTAR DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
Berhubung dengan langkah - langkah pengawalan Pandemik COVID 19 di negara ini , Syarikat Pembina , Kontraktor & Pembekal serta Syarikat Pengiklanan yang berdaftar di Kementerian Pembangunan DIMESTIKAN untuk mengemaskini maklumat dan status vaksinasi bagi semua pekerja dan kakitangan di bawah syarikat masing -masing mengunakan template yang disediakan.
BORANG PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEKERJA DAN STATUS VAKSINASI
Maklumat yang lengkap bolehlah diemelkan ke UKPP.ABCI@MOD.GOV.BN selewat - lewatnya 19hb Oktober 2021.
Sabtu, 2 Oktober 2021 - PERMOHONAN PETUGAS KRITIKAL SEMASA KAWALAN PERGERAKKAN
Merujuk kenyataan media daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertarikh 01 Oktober 2021, orang ramai adalah disarankan dan diperlukan untuk berada di tempat tinggal masing-masing bermula jam 08.00 malam hingga jam 04.00 pagi. Ini adalah untuk mengurangkan pergerakan serta risiko penularan jangkitan Covid-19. Pengecualian hanya akan diberikan atas urusan-urusan kecemasan dan mendesak bagi menjalankan kerja sebagai petugas kritikal (critical frontline workers) sahaja.
Petugas Kritikal hendaklah menunjukkan surat kebenaran yang telah disahkan beserta dengan salinan dokumen identifikasi kepada petugas penguatkuasa apabila diperlukan
Borang Permohonan Critical Workers for workers requiring to commute between 8 pm to 4 am during Operasi Pulih
Isnin, 9 Ogos 2021 - GARISPANDUAN LANGKAH PENCEGAHAN WABAK COVID19
Garispanduan ini telah dikemaskini bagi mengikut situasi semasa gelombang kedua penularan COVID19 di Negara Brunei Darussalam.