Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai pihak berkuasa yang mengawal selia kemajuan dan juga memantau industri pembinaan dengan memastikan semua kerja-kerja pembinaan yang dijalankan adalah selamat dan mengikut peraturan. Fungsi utama Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) adalah termasuk:
- Mengawal selia kerja-kerja kemajuan menurut Perintah Kawalan Bangunan, 2014
- Memberikan kebenaran bagi pelan kemajuan bangunan, mengeluarkan permit untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dan permit kesiapan kemajuan.
- Mengawal selia industri pembinaan dengan mengeluarkan Lesen Pembina bagi setiap syarikat Pembina yang berdaftar juga termasuk pendaftaran bagi kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal yang terlibat di dalam projek-projek kemajuan di bawah Kerajaan diseluruh negara.
- Menetapkan dan memastikan piawaian dan kualiti industri pembinaan agar sentiasa dikemaskinikan termasuk yang bertaraf kebangsaan mahupun antarabangsa.
- Mendaftarkan bahan asas binaan dan produk bahan binaan terutama bagi kerja-kerja pembinaan di bawah projek-projek Kerajaan.