Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

DUA SYARIKAT DIBERIKAN NOTIS UNTUK MENGOSONGKAN PREMIS

P7-3-Dua_01022023.jpg

31 Januari 2023 - Dua buah syarikat yang beroperasi di unit kedai yang diubahsuai tanpa mendapatkan Permit Kesiapan Kemajuan iaitu Occupation Permit (OP) terlebih dahulu telah diberi Notis Mengosongkan Unit Premis.

Notis berkenaan dikeluarkan ke atas dua buah premis perniagaan setelah hasil pemeriksaan dan pemantauan secara bersepadu oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) bersama agensi-agensi kawalan bangunan dalam menangani kesalahan-kesalahan di bawah Perintah Kawalan Bangunan, 2014.

Notis berkenaan dikeluarkan sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 16(1) (a), Perintah Kawalan Bangunan, 2014 iaitu tiada seorang pun boleh menduduki, membenarkan atau menyebabkan untuk diduduki, mana-mana bangunan atau bahagiannya di mana kerja bangunan telah dijalankan melainkan pihak berkuasa telah mengeluarkan Permit Kesiapan Kemajuan dalam bangunan itu atau bahagian daripada bangunan itu.

Mana-mana orang yang melanggar seksyen berkenaan melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi $20,000, penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.abci.gov.bn.​


Attachments