Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PERLANCARAN ARMECS BRIDGING PROGRAMME KELOLAAN MANPOWER INDUSTRY STEERING COMMITTEE (MISC) IN CONSTRUCTION INDUSTRY

Bandar Seri Begawan, Khamis, 1 Oktober 2020.

Manpower Industry Steering Committee (MISC) in Construction Industry, iaitu salah satu komiti yang ditubuhkan dibawah Manpower Planning and Employment Council (MPEC), hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran ARMECS Bridging Programme di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan.

Majlis pelancaran yang berlangsung pada hari ini adalah merupakan inisiatif pertama daripada inisiatif-inisiatif yang telah disusun melalui rangkakerja dan strategi MISC in Construction Industry. Ini adalah salah satu usaha dalam menambahbaik kebolehpasaran dan employability anak-anak tempatan untuk memastikan yang mereka akan memperolehi kemahiran dan kecekapan yang relevan dalam industri pembinaan. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama diantara MISC in Construction Industry, Kementerian Pembangunan, pengawalselia, institusi pendidikan dan syarikat-syarikat di sektor industri pembinaan.

Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua, selaku Pengerusi Manpower Planning & Employment Council (MPEC). Majlis ini juga turut dihadiri bersama oleh Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik selaku ahli dan Jawatankuasa Kerja MPEC.

Seramai 33 orang pelatih telah berjaya terpilih untuk mengisi kekosongan iReady di syarikat-syarikat dibawah sektor pembinaan, dimana mereka juga akan mengikuti on-the-job training melalui ARMECS Bridging Programme. Program latihan ARMECS ini terbahagi kepada ARMECS Bridging Programme in Draughting dan ARMECS Bridging Programme in RCC-Visor (Construction Site Supervisor). Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang diantara pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi para graduan semasa pendidikan teknikal mereka dan keperluan industri pembinaan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melengkapkan para graduan tempatan yang berkelayakan dengan kemahiran, kecekapan dan pengalaman bekerja secara profesional di industri pembinaan.

Latihan ini akan bermula pada 5 Oktober 2020, dimana semasa enam bulan pertama tempoh perantisan, mereka akan dilatih oleh pakar-pakar dari 41 firma konsaltan termasuk Jabatan Kerja Raya. Para pelatih akan didedahkan dalam tiga (3) disiplin sektor pembinaan iaitu ‘Architectural, Mechanical & Electrical dan Civil & Structural’. Selepas tamat tempoh 6 bulan latihan berkenaan, pelatih tersebut akan menyambung perantisan mereka di 22 buah syarikat tempatan dibawah sektor pembinaan selama 12 bulan.

Di majlis tersebut, sebagai tanda penghargaan, tetamu kehormat telah menyampaikan sijil penghargaan kepada 22 buah syarikat berkenaan. Yang Berhormat Dato Seri Setia Engineer Awang Haji Suhaimi bin Hj Gafar, Menteri Pembangunan juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 41 firma konsaltan yang telah mendokong inisiatif ini dengan memberikan latihan kemahiran selama 6 bulan kepada pelatih-pelatih ARMECS.

Selain daripada pelancaran ARMECS Bridging Programme dan penyampaian sijil penghargaan, turut berlangsung pada majlis tersebut ialah acara penandatanganan Memorandum of Understanding (MoU) diantara Kementerian Pembangunan dan Politeknik Brunei yang turut disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan.
Sesi beramah mesra juga turut diadakan bersama firma-firma konsultan yang akan menjadi jurulatih dan pelatih-pelatih yang akan menyertai ARMECS Bridging Program.

Hadir pada majlis tersebut juga ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, Ahli-Ahli MISC dan Pengarah-Pengarah Urusan serta wakil dari Firma-Firma Konsaltan dan Syarikat-Syarikat Pembinaan.


Attachments