Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PELANCARAN ‘DIFFERENT ABILITIES DESIGN GUIDELINES‘

Bandar Seri Begawan, 29 Safar 1440 H, 07 November 2018.

*NOTA: Penjualan buku garispanduan 'Different Abilities Design Guidelines' akan dimaklumkan kemudian.

Sebuah buku garispanduan 'Different Abilities Design Guidelines' telah dilancarkan pada 07 November 2018 di Dewan Indera Pahlawan, MODTC. Garispanduan tersebut dilancarkan oleh Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar.

Garispanduanini adalah untuk menambahbaik kualiti hidup bagi warga kelainanupaya di Negara Brunei Darussalam. Penambahbaikan secara progresif ini adalah sangat penting dalam memastikan budaya yang inklusif bagi orang-orang kelainan upaya di negara ini. Ianya juga menunjukkan usaha Negara Brunei Darussalam dalam merealisasikan tuntutan negara bagi Konvension Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dibawah "Rights of Persons with Disabilities" dimana Negara Brunei Darussalam telah mempersetujuinya pada 11 April 2016.

Satu jawatankuasa "Guidelines Review" telah ditubuhkan pada Disember 2017yang diterajui oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) dengan kerjasama beberapa pakar daripada sektor awam, swasta, sukarelawan dan pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan perspektif yang lebih menyeluruh untuk meneliti kehendak Perintah Kawalan Bangunan, 2014 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bangunan, 2014.

Garispanduan ini disediakan dengan tujuan meningkatkan lagi keselamatan, keselesaan dan mengurangkan halangan dipersekitaran, bagi memastikan orang-orang yang kelainan upaya dapat menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di sesebuah bangunan. 

Garispanduan ini akan menyenaraikan objektif dan keperluan bagi bangunan-bangunan awam termasuk masjid-masjid, bangunan kerajaan, bangunan komersial dan sebagainya di Negara Brunei Darussalam. Bangunan-bangunan tersebut hendaklah direkabentuk dengan menyediakan jalan-jalan akses bagi orang-orang kelainan upaya termasuk warga emas yang mempunyai pergerakkan yang terhad. Kemudahan-kemudahan pengguna kerusi roda, seperti ramp hendaklah juga disediakan mengikut gradient yang telah ditetapkan. Penggunaan Braille dan tactile information di papantanda di tempat-tempat strategik seperti tangga, punat lif dan tandas awam akan membantu orang-orang yang mempunyai kekurangan penglihatan untuk berdikari disesebuah bangunan.

Garispanduan ini juga menitikberatkan golongan warga emas untuk membangun komuniti yang lebih inklusif melalui konsep-konsep rekabentuk yang universal dan keperluan-keperluan yang memberi kemudahan kepada golongan-golonganyang lain termasuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Ianya juga akan memastikan bangunan-bangunan yang kerap digunakan oleh keluarga-keluarga untuk disediakan dengan kemudahan seperti tandas anak-anak dan bilik penyusuan.

Objektif setiap bab garispanduan ini adalah bertujuan untuk memberikan pencerahan yang rasional mengenai setiap keperluan. Gambar rajah yang berkaitan telah disediakan untuk mengurangkan kekeliruan mengenai keperluan-keperluan garispanduan ini. Ianya juga ada menyatakan keperluan-keperluan penting bagi tujuan pembinaan kawasan-kawasan yang mudah diakses oleh golongan-golongan yang berkenaan.

Pihak orang yang berkelayakandalam penyediaan perancangan dan proses rekabentuk, keperluan-keperluan yang dinyatakan dalam garispanduan ini hendaklah diambilkira diperingkat awal perancangan setiap projek bagi memastikan kesemua keperluan-keperluan menepati objektif dan peruntukan yang disediakan oleh pihak klien.

Segala usaha Kerajaan Kebawah DuliYang Maha Mulia dalam memberikan kemudahan dan penyediaan polisi secara progresif ini akan memberikan impak yang positif secara keseluruhan. Ini adalah selaras dengan visi dan misi Kementerian Pembangunan iaitu untuk memastikan penyediaan infrastruktur perumahan, bangunan dan perkhidmatan yang sangat baik. Perkara ini juga selari dengan teras 'Kehidupan yang Berkualiti' dalam mendokong matlamat Wawasan Brunei 2035.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pembangunan di talian 2383222 atau melalui emel: info@mod.gov.bn

Attachments