Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTATACARA

Bermula pada 01hb Ogos 2018, pihak Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan hanya menerima permohonan bagi Pendaftaran Persijilan Produk Bahan Binaan melalui e-mel; cmc.abci@mod.gov.bn.

Bagi mengemaskini dan menambahbaik prosedur untuk sentiasa mencapai tempoh TPOR bagi memproses permohonan iaitu; 7 hari waktu bekerja, pihak pemohon adalah dinasihati dan disarankan untuk mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

1.    Setiap satu penghantaran e-mel hendaklah mengandungi satu permohonan sahaja;

2.  Pemohon adalah disarankan untuk menghantar e-mel dengan mesej yang jelas - menyatakan nama syarikat dan nama produk yang dipohonkan;

3.  Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap;

4.  Nama Produk hendaklah diisi dengan khusus termasuk menyenaraikan setiap jenis/model/siri produk (jika berkenaan);

5.  Pastikan setiap dokumen yang diperlukan (yang tertera di dalam borang) adalah lengkap dihadapkan;

6.  Dokumen-dokumen seperti persijilan ISO 9001 atau ISO 14001 atau Certification Mark yang disertakan mestilah sah dan tarikh mansuh hendaklah tidak kurang 3 bulan daripada tarikh permohonan dihadapkan;

7. Laporan-laporan ujian hendaklah mengandungi muka surat yang lengkap dan selaras bagi setiap jenis/model/siri produk yang telah dinyatakan/disenaraikan;

    • Pastikan juga laporan ujian adalah keluaran daripada makmal yang diiktiraf oleh APLAC (Asia Pacific Laboratory Accreditation Cooperation);
    • Sokongan dan kebenaran bagi produk adalah berdasarkan daripada laporan ujian yang sah;

8.  Dokumen-dokumen hendaklah diasingkan dan dinamakan dengan jelas; bagi kemudahan sesi penelitian dan penilaian (format .pdf);

9. Bagi dokumen-dokumen yang bersaiz lebih daripada 10MB (bagi setiap satu atau secara keseluruhan), pihak pemohon adalah disarankan untuk menghadapkan dokumen-dokumen melalui Google Drive atau online sharing database yang lain seperti Wetransfer;

10.   Jika menggunakan Google Drive;

    • Setiap dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam satu folder(*Saiz maksimum bagi setiap satu permohonan adalah 50MB)
    • Dinasihati untuk get sharable link bagi folder yang berkenaan dan copy & paste ke dalam e-mel (rujuk no. 1);
    • Pastikan link yang dikongsikan boleh diakses oleh mana-mana pihak (anyone with the link can view);
    • Contoh – permohonan bagi satu (1) jenis/model/siri produk1 PERMOHONAN.png
    • Contoh – Jika permohonan mempunyai beberapa jenis/model/siri produk2 PERMOHONAN.png

11. Pihak ABCi akan memberikan maklum balas kepada pihak Syarikat jika permohonan adalah diterima bagi penilaian lanjut ataupun jika permohonan adalah belum dapat dipertimbangkan;

    • E-mel makluman akan disertakan bersama No. Rujukan Permohonan yang diterima;

12.  Pihak Syarikat adalah disarankan untuk tidak menghantar e-mel permohonan berulang-ulang – jika belum ada menerima maklum balas daripada pihak ABCi;

    • Ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan pegawai dan kakitangan yang memproses;
    • Walaubagaimanapun, jika di dalam tempoh yang lebih daripada 7 hari, pihak Syarikat boleh lah menghadapkan e-mel susulan bagi memastikan pihak ABCi ada menerima e-mel yang telah dihadapkan.