Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSoalan Kontraktor dan Pembekal


1. Bagaimana cara untuk berdaftar sebagai Kontraktor dan Pembekal yang berdaftar 
        di Kementerian  Pembangunan?

a. Memenuhi syarat-syarat Pendaftaran Kontraktor & Pembekal dan mengisi borang dengan lengkap di dalam sistem Contractor Supplier Records (CSR) 
b. Maklumat tersebut boleh diperolehi di laman ini
c. Sila rujuk Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020

2. Berapa lama proses (TPOR) bagi permohonan pendaftaran kontraktor dan pembekal?

TPOR bagi permohonan pendaftaran kontraktor dan pembekal adalah selama 14 hari.

3. Dimana boleh membeli buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal?

Di Kaunter Perkhidmatan ABCi, Tingkat 1, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan dengan
harga B$3.00 se naskhah.

4. Apakah syarat-syarat keperluan Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal?

Sila rujuk buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020 atau layari laman ini

5. Bagaimana hendak mendapatkan senarai-senarai kontraktor dan pembekal yang berdaftar?

Bolehlah didapati melalui laman ini

6. Bagaimana cara jika sekiranya syarikat ingin mengikuti sebarang tawaran/ sebutharga dengan kerajaan?

Syarikat hendaklah terlebih dahulu berdaftar selaku Pembina dan mempunyai Lesen Pembina yang sah dan hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal yang sah.

7. Adakah bayaran akan dikenakan untuk berdaftar?

Ya - Sila rujuk Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020
Yuran proses – Jadual B 
Yuran pendaftaran Jadual C1

8. Berapa lama tempoh sahlaku Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal?

a. Tempoh sahlaku Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal adalah selama 3 tahun 

b. Sijil ini boleh diperbaharui dan permohonan hendaklah dihadapkan 3 bulan sebelum tarikh masuh pendaftaran

9. Jika pihak syarikat lambat membaharui sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal, adakah denda akan 
        dikenakan?

Ya, jika lewat melebihi 6 bulan, denda akan dikenakan.
Kadar denda bagi lewat membaharui bolehlah dirujuk di Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020 - Jadual C2.

10. Adakah kursus kontraktor perlu dihadiri?

Ya, bagi setiap kelas pendaftaran, pemilik / pemegang saham syarikat hendaklah menghadiri Kursus Asas Keselamatan dan Kesihatan (HSE) terlebih dahulu sebelum permohonan dapat dipertimbangkan.

11. Sekiranya mempunyai masalah mengenai dengan syarikat kontraktor seperti contoh syarikat kontraktor
        yang bermasalah atau membuat kerja yang tidak memuaskan, apakah tindakan yang boleh diambil oleh 
        pihak ABCi, Kementerian Pembangunan?

Awda bolehlah menghadapkan surat aduan ke ABCi dan aduan tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya.

12. Sekiranya Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pendaftaran hilang/ tercicir/ terbakar, bagaimana cara untuk 
        mendapatkan salinan sijil tersebut?

a.  Hendaklah membuat laporan polis terlebih dahulu

b. Mengisi borang pendaftaran (Pengeluaran Sijil Baru) dan menjelaskan yuran proses sebanyak $50.00 dan 
    menyertakan laporan polis.

13. Bagaimana hendak mengetahui status permohonan pendaftaran kontraktor dan pembekal atau ada 
        sebarang pertanyaan?

a.  Sila datang ke Kaunter Perkhidmatan ABCi di Tingkat 1 Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian 
    Pembangunan dengan merujuk jadual perjumpaan di laman utama ini

b.  Menghubungi di talian 2380429 

c.  Emel di ukpp.abci@mod.gov.bn

d. Melalui pesanan ringkas (SMS) atau whatsapp di +6738140365

14. Bagaimana hendak memohon bagi sub-kategori kerja elektrik?

Pihak syarikat dikehendaki menghadapkan pas elektrik / surat kebenaran yang dibenarkan dari Jabatan Perkhidmatan Elektrik bagi sub-kategori kerja yang dipohonkan