Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSoalan Iklan

1. Bagaimana cara untuk menjadi Syarikat Pengiklan yang berdaftar di Kementerian Pembangunan?

a. Mengisi borang pendaftaran Syarikat Pengiklanan

b. Borang-borang pendaftaran bolehlah diperolehi melalui laman ini dan dihadapkan melalui emel (bsba.abci@mod.gov.bn)

2. Dimana mendapatkan buku Peraturan Kawalan Bangunan 2014 - Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan  Iklan dan Papan Tanda), 2016.

Buku tersebut boleh diperolehi di Print Plus Sdn Bhd

3. Jika hendak membuat iklan, papan iklan dan papan tanda, adakah perlu untuk mendapatkan kebenaran ABCi?

Ya, mengikut Peraturan Kawalan Bangunan 2014 – Peraturan Kawalan bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda), 2016.

4. Bagaimana cara untuk mendapatkan kebenaran iklan, papan iklan dan papan tanda?

Pemohon (Pengusaha/Persendirian) hendaklah melantik Syarikat Pengiklan yang berdaftar dan seterusnya syarikat tersebut menghadapkan permohonan melalui sistem OneBiz.

5. Berapa lama proses (TPOR) bagi permohonan kebenaran iklan, papan Iklan dan papan tanda?

TPOR bagi permohonan kebenaran Iklan, papan Iklan dan papan tanda adalah selama 4 hari

6. Bagaimana proses kebenaran Iklan, papan Iklan dan papan tanda?

a. Permohonan hendaklah dihadapkan melalui Syarikat Pengiklan yang dilantik

b. Pihak ABCi akan menghadapkan permohonan ke agensi-agensi yang bekaitan seperti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Jalan Raya, Jabatan Perancangan Kemajuan Ekonomi dan lain-lain  tertakluk kepada kandungan/ pengesahan iklan

7. Bolehkah pemilik syarikat/wakil pemohon memohon kebenaran papan tanda?

Pemohon (Pengusaha/Persendirian) hendaklah melantik Syarikat Pengiklan yang berdaftar dan seterusnya menghadapkan permohonan melalui sistem OneBiz.

8. Adakah Syarikat Pengiklan perlu berdaftar walaupun syarikat tidak mengikuti tawaran kerajaan?

Ya, Syarikat Pengiklan perlu berdaftar di Kementerian Pembangunan sama ada mengikuti tawaran kerajaan ataupun swasta

9. Bagaimana hendak mendapatkan senarai-senarai syarikat pengiklanan yang berdaftar?

Senarai bolehlah didapati di laman ini.

10. Sekiranya syarikat berpindah tempat, adakah papan tanda syarikat yang asal boleh digunakan semula ditempat baru?

Tidak, Pemohon (Pengusaha/Persendirian) hendaklah melantik Syarikat Pengiklan yang berdaftar dan hendaklah menghadapkan permohonan ke ABCi, melalui sistem OneBiz.

11. Bagaimana hendak mengetahui kadar bayaran papan iklan?

Sila rujuk Jadual Kedua di dalam Peraturan Kawalan Bangunan 2014 – Peraturan Kawalan bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda), 2016. Atau bolehlah didapati di laman ini.

12. Sekiranya syarikat berhajat untuk membuat perubahan di papan tanda selain daripada nama syarikat, adakah dibolehkan? 

Perkataan/ maklumat dan kandungan yang telah dibenarkan pada papan Iklan, Iklan dan sebagainya tidak boleh diubah tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa.

Pemohon (Pengusaha/Persendirian) masih dikehendaki untuk melantik Syarikat Pengiklan yang berdaftar dan hendaklah menghadapkan permohonan ke ABCi, melalui sistem OneBiz.