Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMaklumat Untuk Permohonan Kemajuan

​KLIK DISINI UNTUK Senarai Kerja-kerja Bangunan Tidak Memerlukan Kebenaran


 

Permohonan yang memerlukan Kebenaran Kemajuan adalah seperti berikut:

  1. Kebenaran kerja tanah (menimbuk, meratakan, meruntuh)
  2. Membina bangunan, termasuk rumah, bangunan industri dan bangunan komersil
  3. Ubahsuai dan tambahan rumah sedia ada
  4. Ubahsuai ruang kedai

Sepertimana yang telah diwartakan dalam Perintah Kawalan Bangunan, 2014, permohonan-permohonan hendaklah dihadapkan melalui Orang Berkelayakan (QP) iaitu Arkitek dan/atau Jurutera Profesional yang sah berdaftar dan mempunyai Sijil Penjalan Amalan daripada Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan.



Terdapat enam (6) langkah prosedur di dalam kerja-kerja kemajuan.

  1. Prosedur yang pertama, iaitu kebenaran bagi perancangan kemajuan hendaklah terlebih dahulu didapatkan daripada pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan.

    Lima (5) langkah prosedur yang selebihnya adalah di bawah bidang kuasa Autoriti dan pihak Bomba dan Penyelamat yang hendaklah dibuat melalui portal OneBiz :

    1. Orang Berkelayakan yang dilantik mengemukakan pelan bangunan bagi mendapatkan kebenaran kemajuan dan proses ini mengambil masa selama empat belas (14) hari.

    2. Setelah kebenaran kemajuan diberikan, pelan struktur hedaklah dihadapkan bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dan proses ini mengambil masa selama satu (1) hari.

    3. Setelah siapnya kerja-kerja pembinaan mengikut pelan yang telah diluluskan, langkah seterusnya adalah di mana Orang Berkelayakan perlu memohon bagi pemeriksaan daripada pihak Bomba dan Penyelamat.

    4. Pihak Bomba dan Penyelamat akan menjalankan pemeriksaan pada tarikh yang telah ditetapkan

    1. Jika pemeriksaan adalah memuaskan dan bangunan atau premis adalah selamat untuk didiami, pihak Autoriti akan mengeluarkan permit kesiapan kemajuan dan proses ini mengambil masa selama tujuh (7) hari.


Maklumat Tambahan