Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKedudukan Orang yang Berkelayakan

Sebagai inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan dan kualiti permohonan melalui Portal OneBiz, pihak ABCi sentiasa menganalisa dan memantau permohonan kemajuan yang dihadapkan oleh Orang yang Berkelayakan.

Sehubungan dengan itu, pihak ABCi dan pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa (TCP) berkerjasama di dalam memperkenalkan Kedudukan Orang yang Berkelayakan dari segi permohonan (Qualified Persons Submission Standings) yang sentiasa dikemaskini pada setiap tiga bulan. Kedudukan ini menunjukkan jumlah permohonan bagi setiap Orang yang Berkelayakan yang mematuhi piawaian yang ditetapkan mengikut garispandu seperti PBD12 dan juga Perintah / Peraturan Kawalan Bangunan, 2014.  

Untuk makluman kedudukan ini adalah semata-mata untuk mempamerkan prestasi Orang yang Berkelayakan dari segi permohonan yang dihadapkan. Kedudukan ini juga tidak mengambil kira kualiti setiap reka bentuk, perlaksanaan projek, hubungan dengan pelanggan dan lain-lain. Orang yang Berkelayakan yang tidak menghadapkan permohonan Kebenaran Kemajuan dan Kebenaran Perancangan disepanjang suku ini adalah tidak termasuk di dalam senarai. Walaubagaimanapun, senarai penuh bagi Orang yang Berkelayakan yang berdaftar di bawah Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS) boleh juga didapatkan di sini. Pihak ABCi dan pihak TCP tidak akan bertanggungjawab ke atas keputusan pelanggan di dalam memilih dan melantik Orang yang Berkelayakan.