Bahagian Perlesenan melaksanakan dua perkhidmatan, iaitu:
- Pendaftaran Lesen Pembina, Kontraktor dan Pembekal
- Permohonan Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda
1. PENDAFTARAN LESEN PEMBINA, KONTRAKTOR DAN PEMBEKAL
Syarikat yang berhasrat untuk menjadi Pembina / Kontraktor / Pembekal dalam industri pembinaan hendaklah memperolehi Lesen dan Sijil pendaftaran di Kementerian Pembangunan.
JENIS-JENIS PENDAFTARAN:
a. Lesen Pembina (Bagi mengikuti Projek Swasta sahaja)
b. Sijil Pendaftaran Kontraktor (Bagi mengikuti tender/projek Kerajaan dan Swasta)
i. Senarai Semak Kelas dan Kategori Kerja
c. Sijil Pendaftaran Pembekal
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
a. Pendaftaran Lesen Pembina
- Syarat-syarat pendaftaran Lesen Pembina adalah mengikut Prosedur Pendaftaran Kontraktor yang berjalan pada masa ini.
Nota: Jika ada sebarang perubahan mengenai syarat-syarat pendaftaran Lesen Pembina akan dimaklumkan kemudian.
b. Pendaftaran Sijil Kontraktor
- Panduan lengkap mengenai dengan syarat-syarat Pendaftaran Sijil Kontraktor bolehlah dirujuk dalam Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Kementerian Pembangunan Edisi 2012; yang boleh diperolehi dengan harga $3.00 senaskah di Kaunter Perkhidmatan ABCi.
- Yuran Pendaftaran Sijil Pendaftaran Kontraktor bagi tempoh 3 tahun
c. Pendaftaran Sijil Pembekal
- Syarat-syarat Pendaftaran:
- Syarat-Syarat Pendaftaran Syarikat Pembekal (Jadual P-1)
- Yuran Proses dan Yuran Pendaftaran (Jadual P-11 dan Jadual P-III)
- Yuran Pendaftaran Sijil Pendaftaran Syarikat Pembekal bagi tempoh 3 tahun
2. IKLAN, PAPAN IKLAN DAN PAPAN TANDA
Autoriti ini mengawal pemasangan iklan, papan iklan dan papan tanda secara pentadbiran dengan menyenaraikan Syarikat Pengiklanan di bawah Kementerian Pembangunan. Kesemua iklan, papan iklan dan papan tanda hendaklah didapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum dipasang.
Bagi pendaftaran syarikat pengiklan bolehlah mengisi dan menghadapkan borang permohonan pendaftaran syarikat pengiklan di ABCi melalui emel ke alamat bsba.abci@mod.gov.bn.
Permohonan kebenaran iklan, papan iklan dan papan tanda hendaklah dihadapkan melalui sistem OneBiz.
BORANG-BORANG PERMOHONAN