Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPendaftaran Lesen Pengimport

PENGENALAN

  • Pendaftaran bagi pengimport adalah melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)
  • Pendaftaran bagi pengimport adalah mandatory bagi bahan asas pembinaan yang dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam
  • Hanya syarikat yang berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran yang sah dibenarkan untuk mengimport bahan asas pembinaan ke Negara ini
  • Sokongan dan ketetapan adalah berpandukan kepada Jawatankuasa Pendaftaran Pengimportan Bahan Asas Pembinaan (JKPPBAP)

JENIS-JENIS BAHAN ASAS PEMBINAAN YANG DIKAWAL

Terdapat 4 jenis bahan asas pembinaan yang dikawal di bawah JKPPBAP:
  1. ​Simen
  2. Batu
  3. Pasir
  4. Bata

SYARAT-SYARAT BAGI BERDAFTAR LESEN PENGIMPORT
  • Berdaftar di Registration of Companies Brunei Darussalam (ROCBN) sebagai syarikat Sendirian Berhad
  • Saham pemilik syarikat hendaklah terdiri daripada Rakyat Melayu Brunei (RMB) sekurang-kurangnya 70%
  • Berdaftar sebagai Syarikat Pembekal khususnya kategori P03
  • Mendaftarkan bahan asas di bawah Persijilan Bahan Asas Binaan
  • Memohon permit bagi kemasukkan bahan asas pembinaan tersebut mengikut keperluan Permit Import Bahan Asas Binaan


Keperluan: PENDAFTARAN PENGIMPORT BAHAN ASAS PEMBINAAN

  1. Surat-surat kebenaran tapak perusahaan atau penyimpanan / Approval letter for each business operated or storage
  2. Kebenaran tapak pendaratan bagi pengimportan bahan asas pembinaan (jika berkenaan) / Approval letter from landing site for importation of raw material (If applicable)
  3. Sijil kualiti bahan asas pembinaan / Quality certificates of the raw construction materials atau /or Laporan ujian daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal / Testing reports from laboratory accredited by country of origin
  4. Laporan ujian daripada makmal ujian pihak ketiga yang diiktiraf dan diperakukan oleh Kementerian Pembangunan / Testing reports from 3rd party accredited laboratory recognised by Ministry of Development
  5. Petro Graphic Rock Test bagi batu daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal / Petro Graphic Rock Test Report of aggregates from laboratory accredited by country of origin
  6. Cadangan harga pasaran dan kuantiti untuk diimport serta senarai projek-projek atau syarikat yang dibekalkan / Proposed market price and quantity to be imported including the list of projects or appointed suppliers
  7. Surat kebenaran bagi mengeksport bahan asas pembinaan yang dipohonkan dari negara asal / Approval letter for exportation of raw materials applied from the country of origin

TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
  1. Memuat Turun borang dan mengisikan dengan lengkap - Sila pastikan semua dokumen yang diperlukan dilanpirkan bersama permohonan
  2. Menghadapkan permohonan melalui emel irm.abci@mod.gov.bn
  3. Menerima maklumbalas keputusan permohonan

PERINGATAN
  1. Satu penghantaran e-mel = satu permohonan;
  2. Kesemua dokumen keperluan hendaklah dihadapkan
  3. Dokumen tersebut hendaklah diasingkan dan dinamakan dengan jelas (format .pdf);
  4. Dokumen-dokumen yang disertakan (attachment) di dalam e-mel hendaklah bersaiz kurang daripada 10MB;
  5. Bagi dokumen-dokumen (overall size) yang bersaiz lebih daripada 10MB, sila hadapkan dokumen melalui online sharing database Google Drive, WeTransfer, OneDrive, dll.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi irm.abci@mod.gov.bn​.