Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
PENDAFTARAN PRODUK BAHAN BINAAN BUATAN TEMPATAN (SKIM 5)

Sesi Pemberigaan Pendaftaran Produk Bahan Binaan Buatan Tempatan telahpun diadakan pada 04hb Februari 2021 bersamaan 21hb Jamadilakhir 1442H di Dewan Indera Pahlawan, Bangunan ABCi.

Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan kini membukakan pendaftaran Skim 5 bagi produk bahan binaan buatan tempatan. Keutamaan bagi penggunaan produk bahan binaan tempatan yang dibekalkan oleh Syarikat Pembekal yang sah berdaftar di dalam projek-projek Kerajaan adalah sebagai salah satu langkah bagi mendokong inisiatif Pembangunan Perniagaan Tempatan (Local Business Development, LBD).

Untuk makluman, Syarikat Pembuatan yang berkenaan hendaklah berdaftar sebagai Syarikat Pembekal terlebih dahulu.

Borang permohonan boleh didapati di sini (terkandung senarai dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan) dan seterusnya permohonan boleh lah dihadapkan melalui e-mel ke cmc.abci@mod.gov.bn.

Bagi pertanyaan lanjut, pihak Syarikat boleh lah menghubungi Bahagian Piawaian dan Persijilan, ABCi di talian pejabat 2 380 429.

Rujukan: Sesi Pemberigaan Pendaftaran Produk Bahan Binaan Buatan Tempatan

Attachments