Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

ABCi adakan Mesyuarat Ke-19 ASEAN Taskforce Building and Construction

Berita dan foto: Hernie Suliana Haji Othman

1_TFBC_2018.jpg

KETUA delegasi dari negara ASEAN bergambar ramai bersama Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 20 Februari. – Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ke-19 ASEAN Taskforce Building and Construction (TFBC) pada 20 hingga 21 Februari 2018 berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini.

Hadir merasmikan mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

2_TFBC_2018.jpg

SETIAUSAHA Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Ke-19 ASEAN Taskforce Building and Construction.

Seramai 22 delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli Jawatankuasa TFBC serta penasihat undang-undang daripada 10 negara-negara anggota ASEAN menghadiri mesyuarat tersebut.

Delegasi negara diwakili oleh pegawai-pegawai dari agensi-agensi ABCi; Jabatan Kerja Raya; Pejabat Peguam Negara (AGC), dan Pusat Standard Kebangsaan, Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO).

3_TFBC_2018.jpg

4_TFBC_2018.jpg

SEBAHAGIAN pegawai kanan dan penasihat undang-undang dari negara ASEAN yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Ketua ABCi, Dayang Siti Aidah binti Haji Mohammad selaku wakil delegasi Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan menumpukan perhatian kepada 'legal scrubbing' deraf ke-10 mengenai Mutual Recognition Agreement (MRA) on Building and Construction Material yang mana deraf tersebut akan disahkan pada Mesyuarat ASEAN Consultative Committee For Standards and Quality (ACCSQ) akan datang.

ACCSQ telah ditubuhkan oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) pada tahun 1992 yang bertujuan untuk menghapuskan halangan teknikal terhadap perdagangan bagi memudahkan pelaksanaan Common Effective Preferential Tariff (CEPT) Agreement dan untuk merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) .

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments