Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kenyataan Akhbar - Isu Tular Mengenai Perkhidmatan di Kementerian Pembangunan

 

Kenyataan Akhbar - Isu Tular Mengenai Perkhidmatan di Kementerian Pembangunan (15.02.2018).jpg

 

Berikutan dengan penyebaran isu mengenai perkhidmatan Kementerian Pembangunan yang tular di media sosial Facebook dan Whatsapp baru-baru ini, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan bahawa kementerian ini sentiasa bersedia berkhidmat dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas yang diamanahkan untuk memastikan Negara Brunei Darussalam menikmati kehidupan yang berkualiti, pembangunan berdaya tahan yang berterusan dan makmur kearah menjayakan wawasan 2035.

Bagi membentuk dan mengawal industri pembinaan, Kementerian Pembangunan sentiasa berpandukan undang-undang dan peraturan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

Pihak Kementerian Pembangunan ingin mengucapkan terima kasih atas perkara-perkara yang telah diutarakan.

Secara ringkas, kementerian ini ingin menjelaskan perkara-perkara yang ditimbulkan seperti berikut:

  • Semua kerja-kerja tanah atau pembinaan rumah persendirian adalah ditanggung oleh tuan punya tanah sendiri kecuali bagi rumah bantuan golongan daif, rumah bantuan Yayasan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
  • Pihak Kementerian Pembangunan sedang menggubal garis panduan Scale of Fees yang melibatkan Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan. Garis panduan tersebut akan mengandungi yuran peratusan yang akan diberigakan kepada orang ramai. Oleh itu, Arkitek atau Jurutera Profesional boleh bersaing harga dalam lingkungan skala minima untuk memastikan Arkitek atau Jurutera Profesional boleh menyediakan perkhidmatan dengan profesional dan mengikut undang-undang yang sedia ada. Garis panduan ini akan mengelakkan Arkitek atau Jurutera Profesional daripada mengenakan kadar bayaran yang berlebihan kepada klien.
     
  • Pemilik tanah/rumah adalah bebas untuk memilih Arkitek atau Jurutera Profesional yang berdaftar dan mendapatkan beberapa harga terlebih dahulu sebelum bersetuju melantik Arkitek atau Jurutera Profesional yang akan bertanggungjawab bagi urusan pembinaan rumah dari peringkat awal penyediaan pelan-pelan lukisan sehingga kesiapan rumah.
     
  • Arkitek atau Jurutera Profesional yang dilantik adalah bertanggungjawab bagi memberikan khidmat nasihat yang berkaitan dengan rumah/bangunan, aliran longkang, elektrik dan air termasuk juga harga-harga tambahan yang akan ditanggung oleh tuan rumah/tanah.
     
  • Dalam hal merekabentuk dan pembinaan rumah/bangunan, aspek keselamatan tidak dapat diambil ringan. Arkitek atau Jurutera Profesional yang dilantik hendaklah memastikan pelan-pelan lukisan mengikut undang-undang dan garis pandu yang sedia ada terutamanya bila membangun rumah/bangunan di tempat yang berbukit atau tidak rata.
     
  • Kementerian Pembangunan menjalankan pemeriksaan ke atas rumah/bangunan yang telah siap dibina bagi memastikan keselamatan dan bangunan dibina mengikut pelan-pelan yang telah diluluskan. Perubahan kepada pelan yang telah diluluskan boleh melambatkan proses pengeluaran kebenaran Kesiapan Kemajuan (OP) dan juga penyambungan elektrik dan air.
     
  • Bagi kejadian tanah, rumah atau bangunan runtuh, agensi yang dapat memberi bantuan adalah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) yang terdiri daripada pihak Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan serta agensi-agensi yang berkaitan.
     
  • Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) adalah pertubuhan bukan kerajaan yang telah banyak memberikan sumbangan dalam membangun profesionalisma Arkitek, Jurutera dan Juruukur di Negara Brunei Darussalam.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pembangunan di talian 2383222 atau melalui emel info@mod.gov.bn.

Attachments