Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Pesara Kementerian Pembangunan diraikan

Berita dan Foto: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

1_Majlis Meraikan Pesara 2016.jpg

MENTERI Pembangunan menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada seorang pesara.

BERAKAS, Khamis, 30 November. – Khidmat pegawai-pegawai dan kakitangan yang pernah berkhidmat dahulu akan sentiasa diingati dan dikenang kerana pencapaian serta kecemerlangan Perkhidmatan Awam di masa ini banyak bergantung pada kecekapan, ketekunan, kejujuran dan kewibawaan mereka.

Perkara tersebut digariskan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan bagi Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya yang Bersara pada Tahun 2016 yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan, di sini.

2_Majlis Meraikan Pesara 2016.jpg

AWANG Mohamad Iskandar bin Haji Idris ketika berucap alu-aluan.

Terdahulu, beliau juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pembangunan, khususnya juga para pegawai serta kakitangan kementerian tersebut dan jabatan-jabatan di bawahnya yang memberikan khidmat bakti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dengan kerajaan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan serta cenderahati pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Ceramah Khas bertajuk 'Meniti Waktu Dunia Persaraan' yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Awang Yusuf bin Haji Abd. Majid, Penceramah Undangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

3_Majlis Meraikan Pesara 2016.jpg

AWANG Yusuf bin Haji Abd Majid menyampaikan ceramah.

Seramai 182 pesara dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya disenaraikan sebagai penerima, yang mana daripada jumlah tersebut, 122 adalah pesara lelaki, manakala 60 ialah pesara perempuan pada Tahun 2016.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Awang Shahrom bin Haji Suhaimi; ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments