Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Sesi Muzakarah ketengahkan isu dan cadangan bagi perancangan memajukan Negara

Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pembangunan

MOD_Muzakarah2018_2.png

SESI Muzakarah dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 November. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama beberapa Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Sesi Muzakarah tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Sementara itu, rombongan Ahli-ahli Yang Berhormat MMN diketuai oleh Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.

Pada Sesi Muzakarah itu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan mengenai isu-isu Kementerian Pembangunan yang sering kali dibangkitkan seperti isu infrastruktur dan pengurusan penyelenggaraannya termasuklah kerja-kerja pemeliharaan, membaik pulih dan menaik traraf aset fizikal kerajaan.

Di samping itu, isu-isu lain yang dibincangkan turut menyentuh bidang tugas lain kementerian iaitu mengenai pengurusan isu sampah (sisa pepejal), dasar dan proses guna tanah, syarat-syarat dan proses perancangan pembangunan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dikendalikan secara langsung oleh kementerian ini.

Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh selaku wakil Ahli-ahli MMN dalam ucapan balasnya menyatakan bahawa Sesi Muzakarah tersebut sebagai salah satu ruang untuk mengetengahkan isu dan cadangan yang boleh dijadikan iktibar dalam rancangan memajukan Negara Brunei Darussalam.

MOD_Muzakarah2018_1.png

ROMBONGAN Ahli-ahli Yang Berhormat MMN diketuai oleh Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.

Pada Sesi Muzakarah itu juga, satu klip video pendek yang memaparkan mengenai peranan dan fungsi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam penyediaan infrastruktur negara ke arah mencapai kehidupan yang berkualiti, pembangunan mampan yang berterusan dan kemakmuran negara telah ditayangkan.

Turut hadir pada Sesi Muzakarah tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Shahrom bin Haji Suhaimi; ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit serta pegawai-pegawai di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments